KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) berbangga dengan penubuhan mandat untuk memajukan campuran tenaga boleh baharu Malaysia, kata pengerusinya Ahmad Zairin Ismail.

Beliau berkata badan berkanun itu yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 telah diamanahkan untuk melaksanakan dasar penting termasuk Tarif Masukan (FiT) dan Pemeteran Tenaga Bersih (MEB), ia memangkinkan pertumbuhan tenaga lestari Malaysia.

“Inisiatif ini telah memainkan peranan penting dalam memperkasakan individu, perniagaan, syarikat permulaan dan perusahaan tempatan untuk memanfaatkan tenaga boleh baharu, membolehkan mereka mengambil bahagian dalam peralihan tenaga,” katanya pada Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) ke-6 2024 bertemakan “Mempercepatkan Peralihan Tenaga Melalui Inovasi”, hari ini.

Acara dua hari anjuran Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui SEDA itu mengumpulkan lebih 5,000 peserta global.

Ia dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Menurut Ahmad Zairin, ISES 2024 bukan sekadar persidangan, ia adalah platform utama golongan pakar, pemimpin dan inovator (pencipta) berkumpul untuk meneroka potensi besar tenaga mampan.

“Tema kami tahun ini menyerlahkan keperluan untuk mempercepatkan peralihan tenaga lestari menerusi pendekatan inovatif,” katanya.

Beliau turut mengetengahkan skala acara tahun ini yang menampilkan 15 rakan kongsi strategik, 70 pempamer dan 70 penceramah dalam empat sesi pleno dan lapan bengkel khusus diketuai pakar serta peneraju terkemuka.

“Sidang kemuncak itu disesuaikan dengan teliti dengan topik khusus direka bentuk untuk memenuhi keperluan mereka yang berusaha untuk melaksanakan berskala penyelesaian termaju untuk memacu masa depan tenaga mampan,” katanya.

Beliau berkata selama bertahun-tahun sidang kemuncak itu telah membincangkan topik penting termasuk meningkatkan penggunaan tenaga mampan, mengurus dasar tenaga, mengendalikan pengurusan grid dengan penembusan PV solar tinggi, membangunkan penyelesaian penyimpanan tenaga inovatif, elektrifikasi luar bandar dan membiayai projek tenaga mampan.

“Terima kasih kepada pelaksanaan dasar dan inisiatif kerajaan yang progresif, kami telah berjaya mengubah sistem tenaga kami ke arah model yang lebih mampan,” katanya.

SOURCE : BERNAMA


Hosted By

Organised By

Managed By

Platinum Partner

Diamond Partners

Gold Partners

Sapphire Partners

Topaz Partners

VIP Lounge Partner

Supporting Organisation

STEM Partner

Digital Partner

Media Partners