KUALA LUMPUR, 21 Ogos- Generasi muda digesa menceburi sektor tenaga boleh baharu bagi menyokong usaha kerajaan dalam mempercepat agenda peralihan tenaga negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan kerajaan terus komited menyediakan platform bagi mempersiapkan dan melengkapkan golongan belia dalam sektor tersebut.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata ia untuk masa hadapan mereka, sekali gus mewujudkan lebih banyak pelopor inovasi golongan belia yang dapat memastikan kelestarian jangka panjang landskap tenaga negara.

"Untuk masa mendatang, saya membayangkan generasi muda bukan sahaja menggunakan tenaga secara lestari, tetapi juga untuk memimpin perbincangan mengenai penyelesaian tenaga.

"Saya ingin menggalakkan usahawan muda kita untuk menerokai tenaga baharu untuk menyokong usaha kerajaan dalam mempercepatkan agenda transisi tenaga negara," katanya pada Majlis Penutupan Sidang Kemuncak Tenaga Mampan Antarabangsa (ISES) 2024 di sini.

Turut hadir Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

SOURCE : Berita RTM


Hosted By

Organised By

Managed By

Platinum Partner

Diamond Partners

Gold Partners

Sapphire Partners

Topaz Partners

VIP Lounge Partner

Supporting Organisation

STEM Partner

Digital Partner

Media Partners